Puteri Nur Aida
Follow Home
Big Times, Hands Down
Monday, 8 February 2016 | 3 diamond (s)!

POST ADALAH PANJANG. SILA KUMPUL KESABARAN SEBELUM MEMBACA :)
bila akhirnya perpisahan itu terjadi jua


ASSALAMMU'ALAIKUM.


Haritu aku pergi bilik guru lelaki dengan syaza and atiqah, nak check keputusan permohonan ke sekolah berasrama penuh. Mula-mula cikgu adyka check-kan atiqah and syaza punya. Sampai turn aku....


"cepat puteri, bagi i/c kamu"
"cikgu, saya nak check sendiri boleh tak?"


bila dah dapat green light, aku terus pusingkan laptop ke arah lain. Cikgu jenguk jenguk kan kepala kat laptop tu tapi aku tutup pakai tangan kiri sambil tangan kanan tekan butang enter



"Tahniah!"


Perkataan tahniah tu je yang aku nampak then muka aku dah terkejut gila! Cikgu pulak terus pusingkan laptop and tunjukkan muka gembira. Okay, bilik guru lelaki dah mula kecoh.... Aku ingat nak balik asrama kejap, call abah tapi cikgu adyka offer telefon cikgu. Jadi aku pun call je abah guna phone cikgu :)


Jujur aku kata kan, aku tak gembira dapat tawaran tu. Aku rasa macam sedih jeeeeeeeeeeeeee tak tahu kenapa T_T


Macam-macam berlaku sampailah hari ahad. Abah and mama datang melawat. Diorang pun dah print borang tu semua. Keputusan telah dibuat. Aku tersenyum tawar je :')


Hampir setiap form 4 lama perempuan yang aku terserempak, semua tanya aku..


"puteri pergi ke?"


Jawapan aku?


"In sha allah"


Orang yang pertama nangis bila dapat tahu keputusan aku adalah Hadisah. Bila dia tahu je, dia terus peluk aku. Mata aku berkaca kaca tapi aku tahan. Aku taknak sesiapa pun sedih dengan keputusan aku ni... 


Tapi malam tu, bila dah tutup lampu, bila dah baring atas tilam ((sebelah fatimah and alia nat hehe)) aku terus terbayang bayang je benda benda yang berlaku... aku nangis je, at least aku tahu bila kebesokan harinya, aku akan jadi lebih kuat and air mata aku takkan tertumpah banyak depan korang :')


Jujur aku kata, hari-hari terakhir aku kat sambest, aku tak tahu nak buat apa..........


Rabu malam tu bila aku nak tidur, aku buat satu request dekat fatimah and alia nat...


"korang, aku nak tidur tengah eh"


Dorang pun okay je.. kitorang sembang sembang sampai la pukul 12 kot baru terasa ngantuk. Tiba tiba hati aku terdetik nak buat sesuatu. Tangan kanan aku pegang tangan alia nat, tangan kiri aku pegang tangan fatimah.


"Jom tengok kita masih berpegangan tangan tak besok"
"Ala put, jangan nak buat aku nangis malam malam ni"


Kitorang pun tidur dengan aman dan damai :)



((saje nak gitau part ni aku dah takde idea lepas 2 hari baru aku sambung okbai))


Okay nak jadikan cerita, hari khamis tu ramai cikgu tak masuk kelas sebab ada meeting kat luar. Aku, Najihah and Wafa memang banyaaaaaaaaaakkk sangat benda tak settle lagi. So tiba tiba dengar guruh and nak hujan.

Kitorang ingat nak pergi asrama angkat kain kan ((eventhough sebenarnya tak boleh hehe))... line dah clear habis la so kitorang pun jalan la ke asrama. Tiba tiba dari jauh nampak teacher norkiah.

Haaaaaaaaaaaaaaaaa lari pecut tak ingat dunia dah hahahaha. Kitorang terus nyorok kat koop. Tercangkung-cangkung dah. Yelah, gila ke tak takut nampak teacher? Dahlah kitorang dah cuba yang terbaik untuk tak bagi teacher tahu yang kitorang ni sebenarnya nak pindah -_-

Degup degup jantung ni bila nampak kaki teacher lalu depan koop. Tiba-tiba teacher masuk koop.


"keluar dari situ. Saya nak tengok muka. Kalau saya datang sana, saya cubit kamu lagi susah."


Waktu tu punya cuak, aku terus keluar tersengih-sengih. Haaa kena la beberapa das ayat padu daripada teacher ((the most important thing is tak kena cubit hahahaha))


so teacher pun tanya lah, kenapa nak balik asrama. Najihah dengan muka yang paling manis menjawab, 


"Sebenarnya kitorang tengah nak uruskan pasal nak pindah sekolah. Sorry, teacher"


Dan akhirnya kitorang kena tazkirah 10 minit kat pintu koop tu. Puan Khairiah pun tiba tiba datang. Ko rasa? Nak tahu ayat apa yang paling deep daripada teacher?


"Kalau saya tahu kamu ni nak pindah, saya bagi je C untuk english kamu"


Bila teacher pergi je, Najihah terus nangis. Sentap kot. 

Cikgu lain? Hm aku boleh bagi perumpaan macam, respond cikgu lain adalah lebih kurang 50 percent dahsyat. Tapi teacher punya respond 100 percent dahsyat. Tiada yang lebih dahsyat melainkan respond teacher norkiah, sumpah.


Tapi kitorang amik insiatif dengan buat kad untuk cikgu-cikgu ni semua. At least, dorang lebih rasa dihargai dan semoga mereka memberkati kitorang, tu je yang kitorang harapkan.


Khamis petang tu, ramai la jugak yang hantar aku balik. Tapi aku teringat satu soalan daripada seorang prs yang orang anggap dia comel,


"kat sana nanti pun nak memberontak ke?"



Panas la jugak hati aku bila dengar soalan tu. Tapi aku malas nak amik port sebab aku lagi kisah kat orang orang yang aku sayang daripada spesies macam dia ni. But dear, if you are reading this, the answer that was supposed I gave you was like this....


"aku mungkin akan memberontak kalau aku jumpa pemimpin serupa kau kat sana but i dont think that i will find one :) "



Okay, aku rasa banyak sangat aku membebel ni -_- 


Aku cuma nak ucap terima kasih sangat sangat kat semua yang pernah jadi sahabat aku. Kawan tu ramai, sahabat tu sebenarnya yang selalu ada waktu aku susah. Oxygeneration, sedar tak sedar, sebenarnya korang semua sahabat aku. Kadang-kadang, korang buat aku terhibur waktu aku sedih, walaupun korang tak perasan hehehe


Kita gelak sama-sama. Pergi RACTAR, projek kahwin, oxygeneration day..semua benda tu aku takkan lupa. Aku nak mintak maaf sebab aku banyak buat salah kat korang. BANYAK SANGAT sampai tak termampu untuk aku coretkan di sini.

1 kindi, 2 kindi, 3 razi, 4 razi, A12, A31, B33, A11, birdies and semuanyalah...nato, fatimun, tiqah, adila, insyi, alphabet, rai hadisah, auni, aufa, ain, haniza, nadia, keroon, tya, mumtazah, anis, aliya sya, syaza, ecah, ati, damai, apek, sabby, tobey, mai, hannah, fatini, nafisah, nuja, nubel, nisa d, nurrin, amira nabilah, farhanis...

terima kasih sebab sudi terima aku sebagai kawan korang. Aku mintak maaf sebab aku ni jahat T_T Aku nak korang tahu yang aku pindah bukan sebab nak tinggalkan korang, bukan jugak sebab aku tak yakin dengan kemampuan pentadbiran sekolah, bukan jugak sebab aku nak lari daripada kp-kp, tapi sebab aku nak jadi yang lebih baik.

Aku nak berubah kat sana nanti. Aku nak keluar dari zon selesa aku. Aku mintak maaf. Kalau bila bila kita tak jumpa, please know that one day kita akan jumpa kat syurga nanti :'(

Tolong doakan aku, ye? Doakan kami semua yang pindah.....sebab nak sesuaikan diri kat tempat baru tu memang susah T_T ((tapi kalau aku patah balik jangan bash aku pulak hewhew))


Oh ye, kepada sesiapa yang rasa bahagia dengan perpindahan aku, teruskan la berbahagia. Kepada pemimpin-pemimpin tingkatan 4 yang rasa bertanggungjawab ke atas perkara-perkara yang kami berontakkan, silalah ambil tindakan dengan mengubah pergerakan organisasi awak-awak. Kalau rasa pemberontakan kami is nothing, maka teruskanlah kehidupan bahagia anda dalam derita orang lain dan nantikanlah pemberontakan daripada muka muka baru. Sekian, wassalam -_-


p/s : ada yang persoalkan kenapa aku tak nangis sangat waktu korang hantar aku...tak sedih ke? Dude, for your information, dah puas dah aku nangis sorang-sorang dalam tandas -_- Sedih sedih taknak la tunjuk kat korang, malu hehehe okbai 


mari kita teghobek? hehe

























ASSALAMMU'ALAIKUM.


Older Post
The Princess


Hi, thanks for coming! Call me Puteri and i am 16 years old :) Schooling in sambestari and will always be there :')


Posts Bio Site


Footprints

Followers


Credits

Basecode by : Nadya and Qistina
Re.Design : Miss_Hana
Own this blog : PNA

Best View at GOOGLE CHROME!